Latar Belakang Lucius_Malfoy

Lucius Malfoy adalah seorang ketua keluarga sihir dari keturunan berdarah tulen, keluarga Malfoy. Beliau tinggal bersama isteri dan anaknya hingga 1996 di tanah keluarga Malfoy di Wiltshire. Beliau adalah anggota Lembaga Sekolah Sihir Hogwarts, hingga anggota lembaga yang lain memecatnya setelah beliau cuba memaksa untuk menggantung pengetua sekolah itu, Albus Dumbledore. Pada penghujung Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, beliau ditangkap bersama beberapa Death Eater yang lain di Jabatan Misteri dan dipenjarakan di penjara Azkaban.

Lucius Malfoy, anak kepada Abraxas Malfoy (meninggal kerana cacar naga ketika cucunya, Draco, masih kecil), lahir pada 2 Febuari 1954 dan belajar di Sekolah Hogwarts, dan di sana, beliau bertemu dengan bakal isterinya, Narcissa Black. Seperti kebanyakan pelajar lain dari Slytherin, beliau juga menganggotai Death Eater. Beliau berkahwin dengan Narcissa dan mempunyai anak bernama Draco.

Lucius terkenal dengan sifat dermawan yang sering menderma kepada Hospital St. Mungo dan Kementerian Sihir. Beliau juga memiliki hubungan yang sangat baik dengan ahli kementerian dan sering menggunakan pengaruh tersebut untuk keuntungan dirinya sendiri. Lucius juga sempat menjawat sebagai salah seorang ahli Lembaga Sekolah Sihir Hogwarts.